DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TAJUK :
ISU-ISU NEGATIF PERKAUMAN DI MALAYSIA PERLU DIBENDUNG UNTUK MENGELAKKAN MASALAH HUBUNGAN ETNIK DAN KAUM
NAMA AHLI KUMPULAN :
NIK NUR SYAHIRAH BINTI SAMSOL KAMAL 02DLS15F1002
NURUL AIN SYAKIRAH BINTI JOHARI 02DLS15F1010
NURUL AIN FATIHAH BINTI MOHD SHARIF 02DLS15F1023
PENGENALAN
Isu-isu
perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek
penggunaan Bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal,
sector pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan
seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu
yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan
hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, system kuota dan perkara-perkara stereotype.
Isu-isu
ini tidak boleh dibincangkan, didebatkan atau dibahaskan secara terbuka kerana
ia akan membawa kepada apipermusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan
tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam
diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu
sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum.
Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan
dan merendah-rendahkan kaumlain serta mempertikaikan hak orang lain.
termasuklah juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif
ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh
ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut [ Akta Hasutan 1948].
Isu-isu
perkauman dan isu-isu sensitif boeh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara
kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik
dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis,
prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan smangat
toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman
bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat
keharmonian hubungan serta kaum sehingga menjejaskan perpaduan, mengilangkan
kesedaran tentang kepentingan hubungan anara kaum, merencatkan keselesaan
rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan
interaksi antara agama dan budaya.
OBJEKTIF
1.
Memupuk semangat patriotisme dalam
diri sendiri dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini. Bak kata
pepatah, “bersatu teguh, bercerai roboh’
2.
Menyenaraikan faktor-faktor yang
menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum.
3.
Menghuraikan cabaran dan kekangan
dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.
Punca-punca
Berlakunya Masalah Negatif Perkauman
Disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan
oleh British telah menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar
yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang
berkesan diamalkan oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara
kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga pola penempatan kaum. Contohnya
orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di
kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan kaum cina memiliki asset yang paling
tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal
di luar Bandar bekerja sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala kaum India
kebanyakannya pula sebagai sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak
sara diri. Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera
khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi
antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan
sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.
British mengamalkan dasar pecah dan perintah ini
bertujuan untuk menyekat ketoiga-tiga kaum ini daripada bersatu-padu, British
menyedari bahawa sekiranya tiga kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan
kepentingan dan sumber ekonomi mereka akan terjejas. Masyarakat melayu terdiri
dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi
perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di Bandar manakala masyarakat india
bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya
direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan
kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi
antara kaum hanya terbatas di pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka
antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
Keadaan seperti ini menyebabkan hubungan atau komunikasi
antara kaum di Tanah Melayu menjadi terbatas suatu ketika dahulu. Bagi penjajah
British keadaan seperti ini juga sudah memadai bagi mengukuhkan kedudukan serta
mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan
sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan.
Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu
semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan
ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat
Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan
keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak
seharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
dilancarkan pada 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga
telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.
Perasaan
tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara
lantang menyuarakan rasa tidak puashati tehadap apa yang disebut sebagai hak
istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain
telah diketepikan kononnya mereka telah disish daripada keadilan. Oleh sebab
itu menurut Jomo dalam bukunya “Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di
Semenanjung Malaysia”, isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah
perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat
sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding
dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka
terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini sebagai alat semata-mata
untuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai
terutama menjelang pilihan raya 1964.
Menyedari akan
bahayanya pengaruh majority Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil
keputuusan untuk memaksa Singapura keluar Malaysia pada 9 Ogos 1965. Namun
keadaan ini mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di
Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi
mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru ini diberi nama Parti Tindakan
Demokratik (DAP).
Menjelangnya
pilihanraya 1969 parti DAP dan parti-parti
pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk
membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan
kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah. Sebenarnya apa yang cuba
dilakukan oleh parti-parti politeknik ini bertujuan untuk mendapatkan
kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentiment
antara kaum yang boleh membahayakan itu.
Perbezaan
agama dan budaya
Kaum Melayu sebahagian
besarnya beragama islam kaum Cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius
manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama
Kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah
perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap
jahil tehadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara
tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang
telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
Masalah
Ekonomi
Kegiatan ekonomi
berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan
rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama
lain. Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina manakala orang
Cina dan India mencemburui kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang
perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
ISU
13 MEI 1969
Rusuhan
tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang
didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum
yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk. Bagaimanapun, pihak pembangkang
telah menyangkal kebenaran versi tersebut.
Terdapat
teori-teori yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Kekurangan maklumat awam mengenainya
menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya
berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah
membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari
kebenarannya.
Dr
Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu ‘coup d’etat’ atau
rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika
itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada
aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.
Beliau
berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan ‘samseng Melayu’ yang disokong oleh
ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut. Sebagai
contohnya, kata beliau, ‘sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua
penjuru’ pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk
polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan
sahaja apa yang sedang berlaku.
Tambahnya,
dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan
tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang
mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh mentadbir negara satu
petanda wujudnya komplot mengenainya. Manakala perbincangan mengenai
perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, temasuk Dasar Kebudayaan
Negara ( diumumkan pada 1971).
Kesan
Daripada Berlakunya Isu 13 Mei 1969
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak
terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk
meredakan ketegangan keadaan ini, kerajaan telah mengisyirtiharkan darurat pada
16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk
menenangkan keadaan yang tidak terkawal.
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16
Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat ( MAGERAN) yang
diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul
Razak. Turit menggangotai MAGERAN ialah
pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.
Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew SIN, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah
Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin,
Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak
mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara
untuk memberi garis panduan yang lebih jelaskepada masyarakat berbilang kaum di
Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk
mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa
dan agama.
Konsep rukun negara
yang dibentuk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak
masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telah pun wujud dan boleh
dijadikan pegangan masyarakat Malaysia.
Latar
Pendidikan Yang Berbeza
Semasa dasar penjajahan
British, Tanah Melayu tidk mempunyai system pendidikan yang jelas,penjajah
British tidak mengambil peduli tentang dasar pendidikan yang lahir di Tanah
Melayu, mereka hanya mengambil berat dan memajukan sekolah aliran Inggeris dengan
pelbagai kemudahan prasarana yang serba sempurna. Latar belakanf pendidikan
yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada sifat
perkauman diantara ketiga-ketiga etnik ini semakin menebal. Hal ini berlaku
apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi
kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India, dan
Inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri dan
berbeza antara kaum. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca,
mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala, kurikulum sekolah
Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, sukatan
pelajaran serta buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa
dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat
dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di Bandar-bandar dan
sebilangan orang melayu yang terdiri daripada pembesar atau kerabat diraja.
Ketiadaan sistem pendidikan yang seragam ini menyukarkan
semangat perpaduan sukar dicaai. Pelajar langsung tidak berpeluang untuk
bergaul dengan pelajar atau etnik lain ini menyulitkan pembentukan persefahaman
antara etnik. Disebabkan sukatan pelajaran kaum Cina dan India berasal dari
negara asal maka pemikiran anak-anak muda mereka berpaksikan kepada cara atau
gaya hidup tempatasal leluhur mereka. Melalui pendidikan ini juga pengaruh
daripada kehidupan dan adat resam serta merasakan kaum mereka lebih cemerlang
wujud, sistem pendidikan yang tidak seragam juga boleh mewujudkan perasaan
prasangka dan streotaip antara kaum. Keadaan ini menyebabkan sesetengah
masyarakat dalam kaum yang berbeza ini memandang rendah terhadap kaum lain.
Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan
sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan melayu.
Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu,
namun Kesatuan Guru-guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati
dengan pelaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak
menubuhkan sekolah menengah dan university yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan.
Kesan-Kesan
Tercetusnya Rusuhan Etnik
Kesan
Sosial :
Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat
bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana
wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan memecah-belahkan kaum bukan
sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan
dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang pendek, contohnya
sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan
yang dipunyai oleh masyarakat cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong
dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi
teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti
yang berlaku pada 13 Mei 1969, dan ini akan membawa keancaman kepada struktur
sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.
Kesan
Ekonomi :
Ekoran daripada
keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di Malaysia
mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar
dan juga mungkin berhenti dengan serta merta. Hal ini akan mengakibatkan negara
mengalami kerugoan atau defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Antara
sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum, kerajaan terpaksa membelanjakan banyak
duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang sama pendapatan negara akan
berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain itu, pelabur-pelabur juga akan
menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan
pelabur luar negara yang inigin melabur di Malaysia juga akan membatalkan
hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila
berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara
Malaysia untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini akan mengakibatkan
duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.
Kesan
kepada integriti dan imej negara
Seperti yang telah
dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman, Tun V.T Sambanthan dan
ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara dengan membuktikan
kepada kerajaan British yang rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu padu di bawah
satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan dan atas sebab
itu jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana mampu bergerak walaupun
rakyatnya terdiri daripada banyak kaum. Jikalau rusuhan kaum berlaku lagi, ini
akan mencemarkan nama baik negara dimana ia akan jelas menunjukkan Negara gagal
dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk. Ini akan
menconteng arang terhadap imej dan integrity Negara sebagai sebuah Negara yang
berdaulat dan mengamalkan prinsip demokrasi.
Cara-cara
mengatasi rusuhan etnik
Persepakatan
diantara kaum :
Malaysia
merupakan satu negara yang unik dimana ia merupakan satu negara yang mempunyai banyak
kaum yang didiami oleh masyarakat melayu, cina dan india yang merupakan tiga
kaum utama negara Malaysia. Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun 2010
dianggarkan melebihi 28.25 juta penduduk. Daripada bilangan penduduk ini,
bangsa Bumiputera Melayu meliputi 50.4%, cina 23.7%, dan India 7.1% dan selebihnya
adalah kaum-kaum bumiputera bukan Melayu dan lain-lain. Sejak mengecapi
kemerdekaannya pada tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan yang telah
dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan
perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Perkara ini menjadi semakin
penting selepas tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dimana negara
menyaksikan rusuhan kaum yang dahsyat sehingga negara terpaksa diletakkan
dibawah pemerintahan tentera. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Rukun Negara
telah diwujudkan dan banyak program serta inisiatif telah dijalankan untuk
mengeratkan perpaduan diantara kaum bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua
kali”. Perpaduan antara semakin menyerlah dari semasa ke semasa sejak dari
peristiwa berdarah tersebut sehingga kini.
1.
Bahasa
dan Cara Berkomunikasi :
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan ataupun
bahasa rasmi di Malaysia. Oleh itu, nahasa rasmi tersebut berperanan sebagai
satu pipe saluran yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Akan tetapi,
masalah di sebaliknya iaitu kebanyakkan kaum bukan melayu masih tidak bertutur
dengan lancar. Hal ini kerana bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil lagi
telah menyebabkan kebanyakkan mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi dengan
baik. Bahasa yang digunakan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan
menjauhkan lagi jurang antara kaum kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan
prasangka di antara satu sama lain. Tanpa disedari, amalan yang sedang
dilakukan ini sedang menuju ke arah mewujudkan polarisasi kaum yang amat
membimbangkan.
2.
Saranan dan pengaruh dripada ibu bapa :
Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Orang pertama yang paling awal mendekati anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu
fikiran dan kelakuan anak-anak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Contohnya
anak-anak mereka akan didedahkan tentang isu-isu kaum sejak kecil lagi. Disebabkan
kebanyakkan ibubapa di Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap
kaum seperti peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 iaitu rusuhan yang
berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Hal ini menyebabkan
perpaduan dan persepakatan antara kaum dan bangsa sukar dipercayai.
3.
Program
dan polisi perpaduan kaum telah dipolitikkan :
Setiap warga Malaysia wajar melihat dan mentafsir
program dan polisi nasional yang dilaksanakan secara rasional, objektif, bijaksana
dan bertanggungjawab. Berfikirlah sebagai seorang warga Malaysia sejati,
berpegang kepada prinsip menjunjung langit di tempat bumi dipijak. Program
pendidikan sebagai contohnya yang diperkenalkan adalah pelaburan untuk menjamin
masa hadapan warga muda dan tidak harus sama sekali dipolitikkan, program
pendidikan dan polisi perpaduan kaum yang dipolitikkan adalah perbuatan paling
tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak dan
memporak-perandakan negara.
Kesimpulan
:
Sebagai
penutup, topik yang dibincangkan iaitu “isu perpaduan dan perkauman kaum”, kita
dapat lihat dimana banyak masalah akan timbul ekoran tidak wujudnya
persepakatan padu diantara kaum. Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan sejak
59 tahun lalu, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan
yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang
pelbagai ini. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 dan peristiwa penjajah inggeris yang
membuat dasar pecah dan perintah haruslah diambil sebagai pengajaran dalam
mewujudkan persepakatan diantara kaum. Semua masyarakat haruslah berganding
bahu dalam membantu mewujudkan Negara yang harmoni. “ Malaysia truly Asia “.
Hubungan
etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang
mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan
hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan
politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang
gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan
kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang
wujud daripada kepelbagaian etnik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan